BANI ISRAEL DI MESIR
Pada kurun ke-17 sebelum masehi Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama Haxsos sepanjang tempoh 2098-1857 sebelum masehi. Di sepanjang tempoh pemerintahan Haxsos bangsa Yahudi telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu Nabi Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Haxsos pada ketika itu dengan penuh penghormatan.
Bani Israel bersama dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang telah mendiami satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian Timur Mesir. Di sepanjang tempoh mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi menguntungjkan seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan berniaga.
Di sepanjang pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat pelbagai keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini berterusan sehinggalah panglima yang bernama Ahmash berasal dari keluarga ke-18 kerajaan Mesir berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir.
Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya.maka Bani Israel tidak lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos. Orang-orang Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh :-
- Keistimewaan yang mereka kecapi di zaman Haxsos telah menimbulkan rasa dengki dan cemburu dihati orang-orang Mesir.
- Selepas kekalahan Haxsos, mereka terpaksa bekerja keras seperti rakyat jelata Mesir lain dan tidak mendapat apa yang mereka perolehi semasa zaman Haxsos.
- Sikap mereka yang suka mengasingkan diri dari masyarakat Mesir telah menimbulkan rasa curiga di kalangan pemerintah. Ini menyebabkan mereka bangkit memberontak dan menimbulkan kacau-bilau terhadap kerajaan Mesir.
Orang-orang Mesir merasakan sikap masyarakat Yahudi yang suka mengasingkan diri dan pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut dimana pada ketika itu Mesir diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II. Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.
BANI ISRAEL KELUAR DARI MESIR
Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun maka Nabi Musa a.s meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai keluarnya Nabi Musa dan kaumnya dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan bahawa Firaun mempersetujui akan permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan bahawa Firaun memaksa Musa dan kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba.
Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran Teluk Suez mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah lalu berlaku satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi lautan tersebut dengan selamat dan di waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati di telan laut.
Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai, maka bermulalah kehidupan baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari kehidupan yang lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana di sekeliling mereka dipenuhi oleh batu batan yang panas dan terdedah kepada bahang kepanasan matahari, lebih-lebih lagi sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut .
Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir .
Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 30 hari. Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s .
Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu dan membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. Dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka.
Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.`
Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah , mulalah Bani Israil meragui akan kenabian dan agama yang olehnya . salah seorang daripada pemimpin yang bernama Samiri telah menghimpun emas, perak, dan barang perhiasan daripada bani Israil dan membentuk seekor anak lembu lantas membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s lalu dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka .
Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat dengan membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil, ia dapati kaumnya telah menyekutukan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri, maka dia merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka.
Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanya dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat .
Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.
Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.
Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh selama 40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s.
Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestin.
BANI ISRAEL DI BUMI PALESTIN
Bani Israel telah mendirikan kerajaan mereka di
bumi Palestin selama 500 tahun. Di sepanjang pemerintahan Bani Israel, mereka
tidak pernah merasa aman dan damai melainkan di zaman pemerintahan Nabi Daud
a.s dan awal pemerintahan Nabi Sulaiman a.s selama 50 tahun.
Sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Palestin telah
dibahagikan kepada 3 zaman iaitu : -
- Zaman pemerintahan Qadi (hakim)
- Zaman pemerintahan beraja
- Zaman perpecahan dan kehancuran
ZAMAN PEMERINTAHAN QADI (HAKIM)
Seperti yang telah disebut di dalam "Safar
Al-Qudah" bahawa Zaman Pemerintahan Hakim selama 4 kurun namun mengikut
fakta sejarah ianya hanya 1 kurun sahaja . Dinamakan Zaman Pemerintahan Hakim
kerana yang dipilih di kalangan dua belas puak Bani Israel mempunyai kuasa
tertinggi namun setiap puak mempunyai kebebasan dan undang-undang tersendiri
yang dipimpin oleh ketua mereka yang tertua. Peranan Hakim hanyalah sekadar
menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara puak-puak yang bertelagah
akan tetapi keputusannya tidaklah wajib dipatuhi oleh mereka. Terpulanglah
kepada kepimpinan puak tersebut untuk menerima atau menolak keputusan yang
dibuat.
Hakim dipilih di kalangan pendita-pendita mereka dan
tidak disyaratkan ianya seorang lelaki malah terdapat juga di kalangan Hakim
yang memerintah beberapa orang perempuan.
ZAMAN PEMERINTAHAN BERAJA
Pada akhir zaman pemerintahan Hakim, Bani Israel bangkit
memberontak di atas kezaliman yang dilakukan oleh hakim-hakim yang banyak
menerima rasuah. Bani Israel telah pergi berjumpa dengan seorang Nabi di
kalangan mereka yang bernama Syamwildan meminta daripadanya supaya melantik
seorang raja bagi menyatukan puak-puak Bani Israel yang berpecah belah agar
dapat mereka berperang di bawah kepimpinannya di bawah musuh-musuh mereka.
Maka Syamwil denagn petunjuk Allah telah melantik Thalut
sebagai raja dan panglima mereka untuk memerangi orang-orang Kan'an.
Di dalam satu peperangan yang diketuai oleh Thalut di
mana Nabi Daud a.s adalah salah seorang daripada tentera telah dapat membunuh
panglima tentera Kan'an yang bernama Jalut. Semenjak dari itulah nama Nabi Daud
a.s disanjung oleh Bani Israel. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan dendam
dan dengki yang membara di dalam hati Thalut menyebabkan dia bertindak
memerangi dan menghalau Nabi Daud a.s.
Nabi Daud telah lari menyelamatkan dirinya lalu bergabung
dengan orang-orang Kan'an serta mengambil peluang di atas kelemahan Bani Israel
dengan menyerang mereka. Akhirnya Nabi Daud a.s berjaya menjadi raja yang ke-2
bagi Bani Israel sepertimana yang disebut di dalam "Safar Syamwil Yang
Ke-2".
Nabi Daud a.s telah memerintah selama 40 tahun. Pada 7
tahun yang pertama dia menjadikan Habron sebagai pusat pemerintahan. Selepas
daripada itu, dia memilih Aour Shyalim sebagai ibu negara kepada kerajaannya
.
Zaman pemerintahan Nabi Daud a.s. adalah zaman yang
terbaik di zaman kewujudan Bani Israel di bumi Palestin. Ini disebabkan oleh 2
unsur utama : -
- Kelemahan Maharaja Mesir dan Babylon
- Nabi Daud a.s telah telah mengadakan perjanjian damai dengan Raja Finique yang bernama Hairon
Nabi Sulaiman telah mengambil alih tampuk pemerintahan
selepas kewafatan ayahandanya. Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman, kerajaan Bani
Israel berada di kemuncak kegemilangannya. Ini disebabkan oleh Nabi Sulaiman
telah mengadakan ikatan kekeluargaan di antaranya dengan Shisyak iaitu raja
Mesir.
Selepas daripada itu kerajaan Bani Israel menjadi lemah
disebabkan oleh : -
- Hidup dalam kemewahan serta suka berfoya-foya
- Kezaliman dan kekerasan daripada kerajaan Nabi Sulaiman a.s
- Terlalu ramai bilangan isteri dan perempuan simpanan
- Terdapat beberapa pemberontakan yang dipimpin oleh Yarba'am
ZAMAN PERPECAHAN DAN KEHANCURAN
Rahbaam putera Nabi Sulaiman telah mengambil tampuk
pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya dan dia mendapat sokongan dari dua
puak iaitu Yahouza dan Bunyamin. Adapun sepuluh puak lagi enggan memberi
sokongan kepada Rahbaam dan melantik Yarba'am yang pernah mengetuai pemberontakan
di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s sebagai raja mereka. Pada ketika itulah
kerajaan Bani Israel telah berpecah dua kerajaan : -
- Kerajaan Selatan, ibu negaranya Aour Syalim yang dipimpin oleh Rahba'am. Negara yang bernama Kerajaan Yahouza
- Kerajaan Utara, ibu negaranya Nablus, pengasas dan rajanya yang pertama ialah Yarba'am. Negara mereka dinamakan Kerajaan Israel
KEHANCURAN KERAJAAN YAHOUZA DAN ISRAEL
Pada tahun 721 sebelum masehi, raja-raja orang-orang Ashur yang bernama Shalman Ashar telah menyerang kerajaan Israel dan berjaya menawan rajanya Husya' Bin Ilah. Kerajaan Israel merupakan sebahagian dari tanah kerajaan Ashur.
Pada tahun 721 sebelum masehi, raja-raja orang-orang Ashur yang bernama Shalman Ashar telah menyerang kerajaan Israel dan berjaya menawan rajanya Husya' Bin Ilah. Kerajaan Israel merupakan sebahagian dari tanah kerajaan Ashur.
Pada tahun 608 sebelum masehi, kerajaan Mesir bersama
bala tentera yang besar telah menyerang Palestin dan menawan kerajaan Yahouza.
Dalam peperangan tersebut mereka mendapat kemenangan dan mereka meneruskan
serangan ke utara sehinggalah kerajaan Israel yang berada di bawah taklukan
kerajaan Ashur jatuh ke tangan mereka.
Kejatuhan kerajaan Israel ke tangan orang-orang Mesir
telah menimbulkan kemarahan Maharaja Bakhtanshar lalu berlakulah satu
pertempuran yang hebat di antara dua maharaja Mesir dan Babylon. Akhirnya
Maharaja Bakhtanshar dapat menawan kembali kerajaan Israel sekaligus dapat
merebut takhta kerajaan Yahouza dari tangan Maharaja Mesir. Maharaja
Bakhtanshar telah membunuh raja kerajaan Yahouza yang terakhir bernama Sidqia
dan menghancurkan bandar Aour Shyalim serta menghalau semua Bani Israel keluar
dari negara mereka. Ini berlaku pada tahun 586 sebelum masehi dan mereka dikenali
sebagai tawanan Babylon.
BANI ISRAEL SELEPAS KEHANCURAN NEGARA MEREKA
BANI ISRAEL SELEPAS KEHANCURAN NEGARA MEREKA
Selepas kehancuran kerajaan Israel dan Yahouza, tiada lagi mereka yang berketurunan Bani Israel di bumi Palestin. Pada tahun 538 sebelum masehi Kerajaan Babylon telah jatuh ke tangan orang-orang Parsi. Ketika itu Raja Parsi telah membenarkan orang-orang Yahudi yang hidup di pelusuk negara Babylon pulang ke tanahair mereka.
Kepulangan orang-orang Yahudi ke negara mereka di zaman
pemerintahan Parsi tidak ubah seperti daripada kepulangan beberapa keluarga
untuk menziarahi sanak saudara. Mereka lebih suka hidup di dalam buangan
daripada kembali ke Palestin.
Mereka yang pulang dan menetap di Palestin telah
bekerjasama dengan panglima Iskandar Al-Makdoni untuk menyerang Palestin dan
menentang kerajaan Parsi. Selepas kewafatan Iskandar, Palestin diperintah oleh
kerajaan Rom. Di sepanjang pemerintahan tersebut, Bani Israel bangkit
memberontak pemerintah mereka sehinggalah pada tahun 70 masehi kerajaan Rom
telah menghukum mereka dengan memusnahkan kediaman mereka dan menghalau mereka
keluar dari Palestin.
Pada zaman pemerintahan kerajaan Rom ke atas Palestin,
lahirlah seruan yang dibawa oleh Nabi Isa a.s untuk mengajak Bani Israel ke
jalan yang benar akan tetapi seruan tersebut ditolak oleh mereka.
Pada tahun 135 masehi sekali lagi Bani Israel bangkit
memberontak menentang kerajaan Rom. Di dalam pemberontakan tersebut, kerajaan
Rom telah membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui dari kalangan Bani Israel.
Mereka yang terselamat dari penghapusan etnik kerajaan Rom telah lari ke serata
dunia dan bumi Palestin telah sunyi daripada Bani Israel.
Ketika Saidina Umar r.a. membuka Baitul Maqdis pada tahun
636 m, tidak seorang pun yang berketurunan Yahudi berada di kota suci itu. Di
antara syarat penyerahan kota suci ke tangan orang islam ialah tidak dibenarkan
seorang pun orang Yahudi mendiami kota suci ini.
Tamat bahagian 2
No comments:
Post a Comment