Thursday, February 10, 2011

Kehidupan Budak China 6 Tahun Yang Berdikari

Budak ini telah kehilangan orang tuanya kerana AIDS. Ah Long hanya berumur 6 tahun dan  beliau lahir dan menhidap HIV. Ah Long tinggal di pondok orangtuanya di Negeri Guangxi, China. Dan beliau harus menjaga dirinya sendiri kerana kebanyakan orang takut untuk mendekatinya. Satu-satunya teman Ah Long adalah anjingnya.

Nenek Long yang berumur 84 tahun tidak akan membenarkan dia tinggal bersamanya. Neneknya kadang-kadang dilihat membantunya untuk menanam beberapa sayuran dan memasak. Kerana penyakitnya, sekolah tempatan tidak membenarkannya menghadiri kelas, kerana ibu bapa kepada kanak-kanak lain menyatakan akan membunuhnya jika ia datang lebih dekat dengan anak-anak mereka. Doktor juga tidak mengubati luka-lukanya.

 Ah Long mendapat bantuan dari biro awam sebanyak 70 yuan sebulan. iaitu sekitar $ 10. Tentunya, ini tidak cukup untuk anak kecil ini untuk hidup.

Dari masa ke masa orang-orang yang berbaik hati akan memberinya pakaian, makanan dan selimut lama. Seorang lelaki, misalnya, membawa 20 kilogram beras dan 5 kilogram mee. Ada juga yang membawa surat khabar mingguan untuk mengikuti berita dunia terkini.














No comments:

Post a Comment