- Homemain page
- Contact ussay hello
- Subscribe to RSSkeep updated!
Wednesday, October 31, 2012
Saturday, September 29, 2012
Apple Akan Saman iPad Terbaru Buatan China Ini!
iPad terbaru buatan China ini mempunyai 4 USB port. Mungkin Apple akan saman kerana meniru patern mereka.
Monday, September 10, 2012
Agama Yahudi (Bahagian Akhir)
Kitab Suci Orang Yahudi
Dikalangan orang-orang Yahudi terdapat dua kitab
suci iaitu:-
- Perjanjian lama
- Talmut
Melihat kepada pendapat yang terkuat, kitab perjanjian
lama adalah lebih utama dari kitab Talmut walaupun ada dikalangan sarjana
pengajian ilmu ketuhanan mengatakan bahawa kitab Talmut lebih utama dari kitab
perjanjian lama. Namun, saya lebih cenderung kepada pendapat yang pertama dan
akan membicarakan mengenai kitab perjanjian lama sahaja dengan menyentuh
pengamalan terhadap kitab Talmut
Kitab Talmut ialah tulisan riwayat-riwayat yang
dinukilkan daripada pendita-pendita Yahudi dari generasi ke generasi. Talmut
bolehlah dianggap sebagai pentafsilan kepada ajaran yang terdapat di dalam
kitab perjanjian lama.
Kitab perjanjian lama merupakan kitab suci di kalangan
orang-orang Yahudi dan Kristian. Namun, terdapat perbezaan diantara mazhab
Katolik dan Prosteston dalam mengiktiraf beberapa Safar dalam kitab perjanjian
lama.
Mazhab Katolik mengiktiraf sebanyak 46 Safar termasuklah
5 Safar Musa yang dinamakan dengan Taurat. Manakala Prosteston pula, hanya
mengiktiraf 39 Safar sahaja termasuk Safar Musa (Taurat).
Kitab suci perjanjian lama merupakan ajaran, syariat,
akhlak, bacaan, doa dan sejarah perjalanan Bani Israel. Ia terbahagi kepada
Safar-safar yang boleh diertikan sebagai surah-surah di dalam Al-Quran. Selain
itu, ia juga terbahagi kepada Al-Ashah. Beberapa Ashah pada setiap Safar adalah
sama pengertian dengan hizib di dalam surah-surah Al-Quran.
Kitab perjanjian lama terbahagi kepada 4 bahagian utama
:-
- Kitab Musa atau Safar 5 ( Pantateuch )
- Safar-safar Sejarah
- Safar-safar doa dan syiar
- Safar Kenabian
Saya akan membicarakan secara ringkas mengenai
Safar Musa atau Taurat manakala bakinya akan disebut pengenalannya sahaja. Ini
kerana Safar Musa atau Taurat merupakan kesimpulan ajaran yang dibawa dalam
agama Yahudi.
SAFAR MUSA
Safar Musa dikenali sebagai Safar 5 atau Taurat. Ia
adalah sebahagian dari kitab perjanjian lama dan mengandungi 5 Safar
iaitu:-
a . Safar ciptaan alam.
b . Safar penghijrahan.
c . Safar pengulangan.
d . Safar Kaum Lawai.
e . Safar Bilangan.
"Safar ciptaan alam" diberi nama sempena
sejarah penciptaan alam, Adam dan Hawa yang diturunkan ke bumi bersama
anak-anaknya setelah memakan pohon yang dilarang. Ia juga menceritakan tentang
Nabi Nuh a.s. dengan peristiwa taufan, Nabi Ibrahim serta keturunannya Ishak
dan Yaakub, Nabi Yaakub dan anak-anaknya, Nabi Yusuf dan kehidupannya di Mesir
dan berakhir dengan kisah kematian Nabi Yusuf a.s.
"Safar penghijrahan" pula mengisahkan tentang
keadaan Bani Israel selepas kewafatan Nabi Yusuf dan kezaliman raja Mesir
terhadap mereka. Ia juga mengandungi cerita mengenai kelahiran Nabi Musa a.s.,
mukjizat yang Allah berikan kepadanya, kisahnya yang membawa Bani Israel keluar
dari Mesir dan berjaya menyeberangi lautan sehinggalah mereka sampai ke
timur Jordan. Safar ini juga menceritakan tentang 10 wasiat yang diwahyukan
oleh Allah kepada Nabi Musa sebagai ajaran dan larangan kepada Bani
Israel.
"Safar kaum Lawai" dinisbahkan kepada puak Levi
yang mana ia adalah salah satu dari 12 puak Bani Israel. Hasil dari
keturunannya, lahir Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. Safar ini merupakan safar
yang menceritakan tentang syariat dan perundangan yang perlu dipatuhi oleh
orang-orang Yahudi dalam kehidupan seharian mereka.
"Safar bilangan" pula bersempena dengan
peristiwa Nabi Musa yang membilang pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan
20 tahun ke atas selepas mereka terselamat dari Firaun - Mesir iaitu seramai
603550 orang kecuali pemuda dari puak Levi.
"Safar Ulangan" pula ialah safar yang
mengulangi dan menyempurnakan hukum-hakam dan syarat yang terdapat dalam safar
Levi.
SAFAR SEJARAH
Safar Sejarah mengandungi 16 safar iaitu:-
a. Safar Yasyu'. (Seorang panglima perang yang
telah berjaya membawa Bani Israel masuk ke kota Palestin.)
b. Safar Hakim. (Mereka ialah para hakim yang memerintah Bani Israel
ketika awal mereka berada di bumi Palestin.)
c. Safar Raja I.
d. Safar Raja II.
e. Safar Raja III.
f. Safar Raja IV.
g. Safar Hari-hari I.
h. Safar Hari-hari II.
i. Safar Raaus. (Nenek kepada Nabi Daud dari sebelah ayahnya.)
j. Safar Azra.
k. Safar Nahmia.
l. Safar Tubia.
m. Safar Astir. (Seorang panglima Israel yang telah berkahwin dengan raja
Parsi dan telah menyelamatkan bangsa Israel.)
n . Safar Yahoudid.
o . Safar Mukabi I.
p . Safar Mukabi II.
SAFAR DOA DAN SYIAR
Safar ini mengandungi 6 safar yang bermula dengan:-
a . Safar
Ayub. d . Safar Himpunan.
b . Safar Mazanir. e . Safar Lagu.
c . Safar Pujangga. f . Safar Kesedihan Armia.
Safar kenabian terdiri dari:-
a. Ashaia. h.
Amus. o. Hiji.
b. Armia. i.
Oubdia. p. Zakaria.
c. Barukh. j. Yunan. q.
Malakhi.
d. Hazkial. k. Mikha. r. Safar
Hikmah.
e. Dania. l. Nahum.
s.Yasyu'Sirakh.
f. Husya'. m. Hebkuk.
g. Yuail. n. Sofnia.
Kitab perjanjian lama merupakan himpunan cerita-cerita
dongeng,kata-kata hikmah,pesanan dan syariat.Uslub penulisannya berbeza
diantara satu safar dengan safar yang lain.Kadang-kadang ia ditulis dalam
bentuk syair ataupun biasa dengan membawa roh yang menggambarkan penderitaan
dan kesedihan. Ia juga kadang-kadang ditulis dalam bentuk yang ganas dan tidak
bertamadun.
BEBERAPA PERSOALAN PERBANDINGAN
a. Ketuhanan seperti yang terdapat dalam kitab perjanjian
lama.
b. Sifat-sifat tuhan dalam kitab perjanjian lama.
c. Sifat-sifat para nabi dalam kitab perjanjian lama.
d. Hari Kiamat.
Sesungguhnya semua agama yang diturunkan oleh Allah
menyeru kepada mentauhidkannya. "Sesungguhnya telah kami utuskan untuk
semua ummah para utusan bagi mengajak mereka menyembah Allah dan menjauhkan
diri daripada Thoghut". (Surah al-Nahl : 26).
Begitulah peranan para rasul dan nabi dalam mentauhidkan
Allah. Nabi Musa adalah nabi yang pertama diutuskan oleh Allah untuk umat
Israel. Beliau mengajak umat Israel menyembah Allah dan mengesakan-Nya. Ini
jelas terdapat dalam Al-Quran juga At-Taurat walaupun telah diselewengkan
seperti yang disebut di dalam wasiat 10 yang berbunyi:- "Jangan ada di
kalangan kamu tuhan yang lain di hadapanku. Jangan kamu mengambil patung yang
diukir atau sesuatu gambar dan apa-apa yang ada di langit di atas dan di bawah,
di dalam air dan di bawah bumi. Janganlah sekali-kali kamu sujud kepada
tuhan selain dariKu dan menyembah mereka." -Safar penghijrahan Ishah
ke-20, ayat 3.
Kitab perjanjian lama telah menceritakan kepada kita
bahawa Bani Israel tidak berpegang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa.
Contohnya seperti kisah lembu Samiri, mereka tetap menyembahnya dan mengingkari
Allah walaupun Nabi Musa masih hidup. Begitu juga selepas kewafatan Yusya' bin
Nuh, sekali lagi mereka mengsyirikkan Allah. Mereka telah menyembah apa yang
disembah oleh tuhan orang-orang Asyur yang bernama Ba'lim. Salah seorang raja
Bani Israel yang bernama Yusijia telah membersihkan tempat ibadat mereka dari
ribuan berhala dan patung yang disembah dengan menghancur dan membakarnya.
Sekaligus menghalau para pendita yang mengajak Bani Israel menyembah berhala.
Di awal perpecahan kerajaan Israel Yarbaam, raja kerajaan Israel telah
membuat sebuah patung yang berupa anak lembu dari emas tulen sebagai sembahan
dan tempat penyembelihan bagi orang-orang Yahudi untuk mengelakkan mereka dari
pergi ke Our Shalim, ibu negara kerajaan Yahuza yang dipimpin oleh
Yarbaam.
Apabila kita membaca kitab perjanjian lama, kita akan
dapati Bani Israel telah beberapa kali mengsyirikkan tuhan mereka dengan
menyembah pelbagai patung sama ada ia dari kaum di sekeliling mereka atau
yang dibuat oleh mereka sendiri.
Sifat-sifat tuhan yang terdapat di dalam kitab perjanjian
lama merupakan gambaran kepada kecenderungan Bani Israel dan keperibadian
mereka. Jadi, bukanlah suatu perkara yang pelik jika tuhan yang digambarkan
oleh kitab perjanjian lama bersifat ganas, penipu, perompak dan tidak
bermaruah. Seolah-olah mereka menggambarkan bahawa tuhan mereka adalah ketua
kepada kumpulan penyamun.
Seperti yang disebut di dalam "safar pembentukan
alam" bahawa tuhan telah menyerupai seorang manusia dan bergelut dengan
Nabi Yaakub sehingga ke subuh. Tuhan tidak mampu mengalahkan Nabi Yaakub
melainkan dengan menggunakan satu tipu helah yang berjaya mematahkan peha Nabi
Yaakub.
Ini jelas terbukti apabila tuhan Yahudi itu membatalkan
hasratnya untuk menghancurkan hamba-hambanya yang menyembah berhala setelah
dipujuk oleh nabi Musa. Sebaliknya dia merasa sedih dan
menyesal.
Apabila kita ingin memperkatakan tentang sifat para nabi,
semestinya kita akan menyifatkan mereka dengan sebaik-baik sifat kerana mereka
adalah rasul dan pilihan Allah di atas muka bumi. Namun sebaliknya yang berlaku
dalam kitab perjanjian lama kerana ia telah meletakkan para nabi di suatu
tempat yang tidak selayaknya. Kadang-kadang ia menganggap nabi tersebut sebagai
penzina, penipu dan pembunuh yang tidak
berperikemanusiaan.
Di dalam "safar penghijrahan", perjanjian
lama telah mengatakan bahawa Nabi Harun a.s telah mencipta sebuah patung yang
berupa lembu untuk disembah oleh Bani Israel sewaktu ketiadaan nabi Musa
disebabkan oleh perasaan dengkinya.
Di dalam "safar samwil ke-2" telah menceritakan
bahawa Nabi Daud pernah mencintai seorang wanita yang merupakan isteri kepada
salah seorang tenteranya. Keadaan ini bermula sewaktu Nabi Daud bersiar-siar di
istananya di Aour Shalim. Pada ketika itu dia telah melihat seorang perempuan
yang sedang mandi di rumahnya lalu terus jatuh cinta. Apabila diselidik
perempuan tersebut adalah isteri kepada salah seorang tenteranya. Maka dia
telah memerintahkan panglima tentera supaya menugaskan suami kepada perempuan
tersebut berada di barisan hadapan dalam peperangan. Apabila berita kematian
lelaki berkenaan sampai kepada nabi Daud, dia terus mengahwini perempuan
tersebut. Sebenarnya perempuan itu adalah ibu kepada Nabi Sulaiman.
Mengenai Nabi Sulaiman pula, perjanjian lam telah
menceritakan bahawa Nabi Sulaiman mempunyai 700 orang isteri di kalangan
perempuan yang merdeka dan 300 di kalangan hamba. Setengah daripada isterinya
itu adalah penyembah berhala. Mengikut cerita, Nabi Sulaiman sentiasa menyembah
berhala yang dimiliki oleh para isterinya pada akhir hayat beliau.
Apabila kita perhatikan di dalam Al-Quran, Allah telah
menegaskan bahawa Nabi Musa telah membawa satu risalah yang mengajak ummahnya
menyembah Allah yang Maha Esa, mendirikan solat serta beriman dan yakin akan
kedatangan hari kiamat (surah Taha). Berbeza dengan apa yang digambarkan oleh
kitab perjanjian lama yang mana tidak didapati satu kalimah pun yang
menceritakan tentang hari kiamat dan apa-apa yang berlaku di dalamnya seperti
balasan baik dan buruk. Kitab perjanjian lama hanya menyatakan bahawa balasan
terhadap amalan yang di lakukan oleh seseorang hanyalah di dunia semata-mata.
Sesiapa yang berbuat baik akan mendapat kehidupan yang bahagia di dunia dan
sesiapa yang engkar serta kufur juga akan terus menerima penyiksaan di dunia
ini.
MAZHAB DAN FIRQAH DI DALAM AGAMA YAHUDI
Agama Yahudi sepertimana agama lain mempunyai pelbagai
fahaman dan mazhab, di mana setiap mazhab mendakwa bahawa mereka adalah yang
terbaik berbanding dengan yang lain.
Perkara utama yang menjadi perbezaan di antara
mazhab-mazhab tersebut ialah pengiktirafan mereka terhadap kitab Talmud dan
kepercayaan terhadap kebangkitan selepas kematian.
Di antara mazhab utama dalam agama Yahudi ialah :-
a. Farasiyun
(Rabbaniyun) d. Hadasiyun
b.
Soduqiyun
e. Samiriyun
c.
katabah
f. Qurraayun.
Golongan Farasiyun lahir selepas kejatuhan kerajaan Bani
Israel di Palestin yang disebabkan oleh serangan orang-orang Babylon, golongan
ini menyeru Bani Israel agar kembali berpegang kepada aqidah mereka yang asal
sebelum kejatuhan kerajaan mereka. Mereka berkeyakinan bahawa hanya dengan
kembali kepada ajaran yang sebenar sahaja yang mampu untuk mengembalikan
kegemilangan mereka.
Mereka beriman dengan hari akhirat dan kebangkitan
selepas kematian. Pada pandangan mereka balasan baik hanyalah terhadap
orang-orang yang soleh dan ia akan berlaku di atas muka bumi ini. Adapun
orang-orang yang jahat dan derhaka, mereka akan mati.
Mereka juga beriman bahawa di samping kitab Taurat,
terdapat sebuah kitab yang bernama Talmut yang mana ia juga adalah kitab suci.
Para pendita mereka yang bergelar Hakamah adalah maksum iaitu terpelihara dari
segala kesilapan dan kedosaan. Aqidah ini begitu menebal di dalam jiwa
orang-orang Yahudi sehinggakan jika seorang Hakamat berkata kepada seseorang
bahawa tangan kirinya adalah tangan kanannya, orang itu haruslah membenarkan
kata-kata Hakamat tersebut dari dirinya sendiri.
Sebenarnya golangan "Farasiun" adalah sebuah
gerakan politik yang berasaskan agama dan bertujuan untuk mengembalikan negara
Israel. Mereka kadang-kadang menggunakan keganasan dan kekerasan untuk mencapai
matlamat mereka. Cogankata yang mereka gunakan ialah "matlamat
menghalalkan cara".
Golongan "Assodiqiun" pula mengingkari balasan
dan hari kebangkitan. Mereka beriman bahawa balasan baik dan buruk hanyalah di
dunia ini sahaja.
Mereka tidak mengiktiraf akan kesucian kitab Talmut
kerana hanya kitab Taurat sahaja yang menjadi panduan hidup mereka. Golongan
ini terdiri daripada orang-orang bangsawan yang menghormati undang-undang
negara dan agama yang lain selagi tidak bercanggah dengan ajaran Taurat.
"Hasadiun" pula bererti mereka yang menjadikan
kezuhudan sebagai cara hidup mereka. Golongan ini lahir pada zaman pemerintahan
kerajaan Mokabi di sekitar tahun 173-175 sebelum masihi. Mereka amat berbeza
jika dibandingkan dengan golongan yang lain dari segi ibadah dan adat resam.
Orang-orang Hasadiun mengharamkan segala bentuk penyembelihan dan korban. Dari
segi syariat pula, mereka menolak fahaman pembezaan etnik di antara Yahudi dan
bukan Yahudi. Mereka menyeru kepada kaum Yahudi agar hidup secara aman dan
damai bersama kaum yang lain. Mereka mengharamkan perniagaan dan penipuan serta
mengajak kepada kehidupan yang zuhud dan menjauhkan diri dari perempuan.
Ini berbeza dengan ajaran yang dibawa oleh agama Yahudi yang mana perkahwinan
merupakan kewajipan agama.
Golongan "Qurraun" merupakan pengikut kepada
Anan bin Daud iaitu salah seorang dari ulamak di kalangan orang Yahudi yang
hidup di Baghdad pada zaman pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur. Mereka hanya
mengiktiraf kitab Taurat sebagai kitab suci dan menggunakan ijtihad dalam
meletakkan beberapa perundangan dalam agama Yahudi.
Golongan "Katabah" pada asalnya merupakan
penyalin atau tukang tulis kitab suci kepada sesiapa yang menghendakinya.
PENYELEWENGAN TAURAT DAN PENDIRIAN ISLAM TERHADAPNYA
Di dalam beberapa ayat Al-Quran ada menyatakan bahawa
Allah SWT telah menurunkan beberapa buah kitab kepada para nabinya. Di antara
kitab-kitab tersebut ialah Taurat, Injil, Zabur, Suhuf Ibrahim dan Musa.
Apabila kita perhatikan kepada ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan mengenai
kitab-kitab tersebut, ia boleh disimpulkan kepada dua bahagian yang utama:-
i. Sebahagian dari kitab-kitab tersebut masih kekal
dengan keaslianya sebagaimana ia diturunkan.
ii.Sebahagian yang lain pula telah diubah dan sebahagian yang lain
pula telah hilang atau disembunyikan.
Dalam perbicaraan ini kita akan menjadikan Al-Quran
sebagai pengukur kepada kebenaran, keaslian dan kesohehan isi kitab-kitab
tersebut.Firman Allah (Telah kami turunkan kepada mu wahai Muhammad Al-Quran
dengan kebenaran yang akan membenarkan dengan apa yang terdapat di tangan kamu
dari kitab-kitab yang terdahulu) Al-Maidah : 48.
Contoh yang pertama adalah sama seperti yang disebut di
dalam Safar pembentukan alam iaitu mengenai tempoh penciptaan langit dan bumi
selama 6 hari. Begitu juga umur Nabi Nuh a.s iaitu selama 950 tahun.
Contoh yang kedua pula sama seperti yang terdapat di
dalam Safar pembentukan alam yang menceritakan bahawa Allah telah beristirehat
dari kepenatan mencipta langit dan bumi pada hari yang ketujuh iaitu hari
sabtu. Mengikut sejarah, kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa yang
mana ia diletakkan di dalam sebuah peti telah hilang dari tangan orang-orang
Yahudi beberapa kurun. Apabila peti tersebut telah dapat diambil kembali oleh
Thalut dari tangan orang-orang Kan'an kemudian dibuka, didapati beberapa helai
tulisan sahaja yang mengandungi 10 wasiat. Ini bertepatan seperti yang
ditegaskan di dalam Al-Quran (Dan ia adalah saki-baki dari apa yang telah
ditinggalkan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun.)
Kesimpulan dari beberapa dalil dan pengakuan yang dibuat
oleh para sarjana bahawa kitab Taurat telah diubah, disembunyikan dan kadang-kadang
sengaja dilupakan kandungannya yang asal. Secara keseluruhannya, kitab Taurat
bukan lagi sebuah kitab yang asli seperti yang telah diturunkan kepada Nabi
musa.
Pendirian Islam terhadap apa yang terdapat di dalam kitab
Taurat, secara kesimpulannya terbahagi kepada tiga jenis:-
i. Menepati dengan apa yang terdapat di
dalam Al-Quran dan Sunnah.
Perkara seperti ini diterima kerana ia bertepatan dengan Al- Quran dan
Hadis.
ii. Ia bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam Al- Quran dan
As-Sunnah. Sudah semestinya ia ditolak dan wajib bagi kita untuk
mendustakannya.
iii. Ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah tetapi
tidak bercanggah dengan kedua-duanya. Contohnya seperti nama orang
atau tempat.
Perkara seperti ini kita tidak boleh menolak dan
membenarkannya. Ia hanya sekadar penghuraian bukannya suatu hujah bagi kita.
Ini berpandukan kepada sebuah hadis yang telah dikeluarkan oleh Bukhari di
dalam kitab At-Tauhid yang berbunyi: " Jangan kamu membenarkan apa-apa
yang diriwayatkan oleh ahli kitab dan jangan pula kamu mendustakannya tetapi
berkatalah kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami".
PENUTUP
Disepanjang perbincangan kita terhadap agama Yahudi
dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa kitab Taurat walaupun ianya telah
diubah dan diselewengkan namun ia mampu membentuk bangsa Yahudi daripada sebuah
bangsa yang lemah dan hina menjadi bangsa yang paling berkuasa. Rahsia kejayaan
bangsa Yahudi perlulah dijadikan satu pengiktibaran kembali syariat yang
ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w..
AHMAD FAISAL ABDUL HAMID
Kaherah, Mesir
RUJUKAN:
1.Al-Qur'anul Karim dan terjemahannya.
2. Kitab perjanjian lama.
3. Yahudi.Profesor Ahmad Shalabi.
4. Pengantar pengajian agama.Doktor Safwat Hamid.
5. Kajian mengenai kitab Taurat.Doktor Aminah Mohd. Nasir.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Categories
- Agama (3)
- Al-Hin (1)
- Apple (1)
- aqidah (1)
- Aryan (1)
- bani israel (1)
- Baseball (1)
- Batman (1)
- bongkok (1)
- bunuh diri (1)
- Burger (1)
- cave (1)
- Cello (1)
- cimpanzi (1)
- Ciuman (1)
- Cobain (1)
- dark knight (1)
- deadly (1)
- dinosaurs (2)
- facts (1)
- Frances (1)
- Hitler (1)
- Ibrani (3)
- IFC (1)
- iPad (1)
- Islam (2)
- Israel (3)
- Japan (1)
- Jepun (1)
- Jin (1)
- kereta (1)
- lamborghini (1)
- Lithuania (1)
- lost tribe (1)
- Malaikat (1)
- Matrix (1)
- melayu (5)
- Nirvana (1)
- Orang Utan (1)
- penalti (1)
- sengal (1)
- tanjung puteri (1)
- tupai (1)
- yahudi (5)
Blog Archive
revealpics.blogspot. Powered by Blogger.