Thursday, July 28, 2011

Cara-cara Untuk Menyejukkan Kereta Semasa Panas Terik

Sekarang ini Malaysia mengalami keadaan panas terik diwaktu tengahari hingga ke petang. Selalunya waktu ini, di waktu semua orang balik kerja, matahari masih lagi terpacak walaupun pada pukul 7 petang.

Biasanya, apabila kita buka pintu kereta, bahang yang teramat sangat dapat dirasai. Biasanya kita akan hidupkan enjin serta hidupkan aircond. Cara ini walaupun akan mengurangkan kepanasan, tetapi mengambil masa yang agak lama untuk menyejukkan suhu didalam kereta anda.

Jadi, apa kata kita gunakan cara-cara orang Jepun untuk mengurangkan bahang dalam kereta tanpa perlu menunggu lama. Cara ini lebih efisien. Turunkan 1 tingkap dan sebelah lagi biarkan tertutup. Pada pintu yang tingkapnya tertutup, buka dan tutup pintu itu seluasnya sebanyak 5 kali. Hasilnya, suhu akan menurun.


No comments:

Post a Comment