- Homemain page
- Contact ussay hello
- Subscribe to RSSkeep updated!
Wednesday, October 31, 2012
Saturday, September 29, 2012
Apple Akan Saman iPad Terbaru Buatan China Ini!
iPad terbaru buatan China ini mempunyai 4 USB port. Mungkin Apple akan saman kerana meniru patern mereka.
Monday, September 10, 2012
Agama Yahudi (Bahagian Akhir)
Kitab Suci Orang Yahudi
Dikalangan orang-orang Yahudi terdapat dua kitab
suci iaitu:-
- Perjanjian lama
- Talmut
Melihat kepada pendapat yang terkuat, kitab perjanjian
lama adalah lebih utama dari kitab Talmut walaupun ada dikalangan sarjana
pengajian ilmu ketuhanan mengatakan bahawa kitab Talmut lebih utama dari kitab
perjanjian lama. Namun, saya lebih cenderung kepada pendapat yang pertama dan
akan membicarakan mengenai kitab perjanjian lama sahaja dengan menyentuh
pengamalan terhadap kitab Talmut
Kitab Talmut ialah tulisan riwayat-riwayat yang
dinukilkan daripada pendita-pendita Yahudi dari generasi ke generasi. Talmut
bolehlah dianggap sebagai pentafsilan kepada ajaran yang terdapat di dalam
kitab perjanjian lama.
Kitab perjanjian lama merupakan kitab suci di kalangan
orang-orang Yahudi dan Kristian. Namun, terdapat perbezaan diantara mazhab
Katolik dan Prosteston dalam mengiktiraf beberapa Safar dalam kitab perjanjian
lama.
Mazhab Katolik mengiktiraf sebanyak 46 Safar termasuklah
5 Safar Musa yang dinamakan dengan Taurat. Manakala Prosteston pula, hanya
mengiktiraf 39 Safar sahaja termasuk Safar Musa (Taurat).
Kitab suci perjanjian lama merupakan ajaran, syariat,
akhlak, bacaan, doa dan sejarah perjalanan Bani Israel. Ia terbahagi kepada
Safar-safar yang boleh diertikan sebagai surah-surah di dalam Al-Quran. Selain
itu, ia juga terbahagi kepada Al-Ashah. Beberapa Ashah pada setiap Safar adalah
sama pengertian dengan hizib di dalam surah-surah Al-Quran.
Kitab perjanjian lama terbahagi kepada 4 bahagian utama
:-
- Kitab Musa atau Safar 5 ( Pantateuch )
- Safar-safar Sejarah
- Safar-safar doa dan syiar
- Safar Kenabian
Saya akan membicarakan secara ringkas mengenai
Safar Musa atau Taurat manakala bakinya akan disebut pengenalannya sahaja. Ini
kerana Safar Musa atau Taurat merupakan kesimpulan ajaran yang dibawa dalam
agama Yahudi.
SAFAR MUSA
Safar Musa dikenali sebagai Safar 5 atau Taurat. Ia
adalah sebahagian dari kitab perjanjian lama dan mengandungi 5 Safar
iaitu:-
a . Safar ciptaan alam.
b . Safar penghijrahan.
c . Safar pengulangan.
d . Safar Kaum Lawai.
e . Safar Bilangan.
"Safar ciptaan alam" diberi nama sempena
sejarah penciptaan alam, Adam dan Hawa yang diturunkan ke bumi bersama
anak-anaknya setelah memakan pohon yang dilarang. Ia juga menceritakan tentang
Nabi Nuh a.s. dengan peristiwa taufan, Nabi Ibrahim serta keturunannya Ishak
dan Yaakub, Nabi Yaakub dan anak-anaknya, Nabi Yusuf dan kehidupannya di Mesir
dan berakhir dengan kisah kematian Nabi Yusuf a.s.
"Safar penghijrahan" pula mengisahkan tentang
keadaan Bani Israel selepas kewafatan Nabi Yusuf dan kezaliman raja Mesir
terhadap mereka. Ia juga mengandungi cerita mengenai kelahiran Nabi Musa a.s.,
mukjizat yang Allah berikan kepadanya, kisahnya yang membawa Bani Israel keluar
dari Mesir dan berjaya menyeberangi lautan sehinggalah mereka sampai ke
timur Jordan. Safar ini juga menceritakan tentang 10 wasiat yang diwahyukan
oleh Allah kepada Nabi Musa sebagai ajaran dan larangan kepada Bani
Israel.
"Safar kaum Lawai" dinisbahkan kepada puak Levi
yang mana ia adalah salah satu dari 12 puak Bani Israel. Hasil dari
keturunannya, lahir Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. Safar ini merupakan safar
yang menceritakan tentang syariat dan perundangan yang perlu dipatuhi oleh
orang-orang Yahudi dalam kehidupan seharian mereka.
"Safar bilangan" pula bersempena dengan
peristiwa Nabi Musa yang membilang pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan
20 tahun ke atas selepas mereka terselamat dari Firaun - Mesir iaitu seramai
603550 orang kecuali pemuda dari puak Levi.
"Safar Ulangan" pula ialah safar yang
mengulangi dan menyempurnakan hukum-hakam dan syarat yang terdapat dalam safar
Levi.
SAFAR SEJARAH
Safar Sejarah mengandungi 16 safar iaitu:-
a. Safar Yasyu'. (Seorang panglima perang yang
telah berjaya membawa Bani Israel masuk ke kota Palestin.)
b. Safar Hakim. (Mereka ialah para hakim yang memerintah Bani Israel
ketika awal mereka berada di bumi Palestin.)
c. Safar Raja I.
d. Safar Raja II.
e. Safar Raja III.
f. Safar Raja IV.
g. Safar Hari-hari I.
h. Safar Hari-hari II.
i. Safar Raaus. (Nenek kepada Nabi Daud dari sebelah ayahnya.)
j. Safar Azra.
k. Safar Nahmia.
l. Safar Tubia.
m. Safar Astir. (Seorang panglima Israel yang telah berkahwin dengan raja
Parsi dan telah menyelamatkan bangsa Israel.)
n . Safar Yahoudid.
o . Safar Mukabi I.
p . Safar Mukabi II.
SAFAR DOA DAN SYIAR
Safar ini mengandungi 6 safar yang bermula dengan:-
a . Safar
Ayub. d . Safar Himpunan.
b . Safar Mazanir. e . Safar Lagu.
c . Safar Pujangga. f . Safar Kesedihan Armia.
Safar kenabian terdiri dari:-
a. Ashaia. h.
Amus. o. Hiji.
b. Armia. i.
Oubdia. p. Zakaria.
c. Barukh. j. Yunan. q.
Malakhi.
d. Hazkial. k. Mikha. r. Safar
Hikmah.
e. Dania. l. Nahum.
s.Yasyu'Sirakh.
f. Husya'. m. Hebkuk.
g. Yuail. n. Sofnia.
Kitab perjanjian lama merupakan himpunan cerita-cerita
dongeng,kata-kata hikmah,pesanan dan syariat.Uslub penulisannya berbeza
diantara satu safar dengan safar yang lain.Kadang-kadang ia ditulis dalam
bentuk syair ataupun biasa dengan membawa roh yang menggambarkan penderitaan
dan kesedihan. Ia juga kadang-kadang ditulis dalam bentuk yang ganas dan tidak
bertamadun.
BEBERAPA PERSOALAN PERBANDINGAN
a. Ketuhanan seperti yang terdapat dalam kitab perjanjian
lama.
b. Sifat-sifat tuhan dalam kitab perjanjian lama.
c. Sifat-sifat para nabi dalam kitab perjanjian lama.
d. Hari Kiamat.
Sesungguhnya semua agama yang diturunkan oleh Allah
menyeru kepada mentauhidkannya. "Sesungguhnya telah kami utuskan untuk
semua ummah para utusan bagi mengajak mereka menyembah Allah dan menjauhkan
diri daripada Thoghut". (Surah al-Nahl : 26).
Begitulah peranan para rasul dan nabi dalam mentauhidkan
Allah. Nabi Musa adalah nabi yang pertama diutuskan oleh Allah untuk umat
Israel. Beliau mengajak umat Israel menyembah Allah dan mengesakan-Nya. Ini
jelas terdapat dalam Al-Quran juga At-Taurat walaupun telah diselewengkan
seperti yang disebut di dalam wasiat 10 yang berbunyi:- "Jangan ada di
kalangan kamu tuhan yang lain di hadapanku. Jangan kamu mengambil patung yang
diukir atau sesuatu gambar dan apa-apa yang ada di langit di atas dan di bawah,
di dalam air dan di bawah bumi. Janganlah sekali-kali kamu sujud kepada
tuhan selain dariKu dan menyembah mereka." -Safar penghijrahan Ishah
ke-20, ayat 3.
Kitab perjanjian lama telah menceritakan kepada kita
bahawa Bani Israel tidak berpegang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa.
Contohnya seperti kisah lembu Samiri, mereka tetap menyembahnya dan mengingkari
Allah walaupun Nabi Musa masih hidup. Begitu juga selepas kewafatan Yusya' bin
Nuh, sekali lagi mereka mengsyirikkan Allah. Mereka telah menyembah apa yang
disembah oleh tuhan orang-orang Asyur yang bernama Ba'lim. Salah seorang raja
Bani Israel yang bernama Yusijia telah membersihkan tempat ibadat mereka dari
ribuan berhala dan patung yang disembah dengan menghancur dan membakarnya.
Sekaligus menghalau para pendita yang mengajak Bani Israel menyembah berhala.
Di awal perpecahan kerajaan Israel Yarbaam, raja kerajaan Israel telah
membuat sebuah patung yang berupa anak lembu dari emas tulen sebagai sembahan
dan tempat penyembelihan bagi orang-orang Yahudi untuk mengelakkan mereka dari
pergi ke Our Shalim, ibu negara kerajaan Yahuza yang dipimpin oleh
Yarbaam.
Apabila kita membaca kitab perjanjian lama, kita akan
dapati Bani Israel telah beberapa kali mengsyirikkan tuhan mereka dengan
menyembah pelbagai patung sama ada ia dari kaum di sekeliling mereka atau
yang dibuat oleh mereka sendiri.
Sifat-sifat tuhan yang terdapat di dalam kitab perjanjian
lama merupakan gambaran kepada kecenderungan Bani Israel dan keperibadian
mereka. Jadi, bukanlah suatu perkara yang pelik jika tuhan yang digambarkan
oleh kitab perjanjian lama bersifat ganas, penipu, perompak dan tidak
bermaruah. Seolah-olah mereka menggambarkan bahawa tuhan mereka adalah ketua
kepada kumpulan penyamun.
Seperti yang disebut di dalam "safar pembentukan
alam" bahawa tuhan telah menyerupai seorang manusia dan bergelut dengan
Nabi Yaakub sehingga ke subuh. Tuhan tidak mampu mengalahkan Nabi Yaakub
melainkan dengan menggunakan satu tipu helah yang berjaya mematahkan peha Nabi
Yaakub.
Ini jelas terbukti apabila tuhan Yahudi itu membatalkan
hasratnya untuk menghancurkan hamba-hambanya yang menyembah berhala setelah
dipujuk oleh nabi Musa. Sebaliknya dia merasa sedih dan
menyesal.
Apabila kita ingin memperkatakan tentang sifat para nabi,
semestinya kita akan menyifatkan mereka dengan sebaik-baik sifat kerana mereka
adalah rasul dan pilihan Allah di atas muka bumi. Namun sebaliknya yang berlaku
dalam kitab perjanjian lama kerana ia telah meletakkan para nabi di suatu
tempat yang tidak selayaknya. Kadang-kadang ia menganggap nabi tersebut sebagai
penzina, penipu dan pembunuh yang tidak
berperikemanusiaan.
Di dalam "safar penghijrahan", perjanjian
lama telah mengatakan bahawa Nabi Harun a.s telah mencipta sebuah patung yang
berupa lembu untuk disembah oleh Bani Israel sewaktu ketiadaan nabi Musa
disebabkan oleh perasaan dengkinya.
Di dalam "safar samwil ke-2" telah menceritakan
bahawa Nabi Daud pernah mencintai seorang wanita yang merupakan isteri kepada
salah seorang tenteranya. Keadaan ini bermula sewaktu Nabi Daud bersiar-siar di
istananya di Aour Shalim. Pada ketika itu dia telah melihat seorang perempuan
yang sedang mandi di rumahnya lalu terus jatuh cinta. Apabila diselidik
perempuan tersebut adalah isteri kepada salah seorang tenteranya. Maka dia
telah memerintahkan panglima tentera supaya menugaskan suami kepada perempuan
tersebut berada di barisan hadapan dalam peperangan. Apabila berita kematian
lelaki berkenaan sampai kepada nabi Daud, dia terus mengahwini perempuan
tersebut. Sebenarnya perempuan itu adalah ibu kepada Nabi Sulaiman.
Mengenai Nabi Sulaiman pula, perjanjian lam telah
menceritakan bahawa Nabi Sulaiman mempunyai 700 orang isteri di kalangan
perempuan yang merdeka dan 300 di kalangan hamba. Setengah daripada isterinya
itu adalah penyembah berhala. Mengikut cerita, Nabi Sulaiman sentiasa menyembah
berhala yang dimiliki oleh para isterinya pada akhir hayat beliau.
Apabila kita perhatikan di dalam Al-Quran, Allah telah
menegaskan bahawa Nabi Musa telah membawa satu risalah yang mengajak ummahnya
menyembah Allah yang Maha Esa, mendirikan solat serta beriman dan yakin akan
kedatangan hari kiamat (surah Taha). Berbeza dengan apa yang digambarkan oleh
kitab perjanjian lama yang mana tidak didapati satu kalimah pun yang
menceritakan tentang hari kiamat dan apa-apa yang berlaku di dalamnya seperti
balasan baik dan buruk. Kitab perjanjian lama hanya menyatakan bahawa balasan
terhadap amalan yang di lakukan oleh seseorang hanyalah di dunia semata-mata.
Sesiapa yang berbuat baik akan mendapat kehidupan yang bahagia di dunia dan
sesiapa yang engkar serta kufur juga akan terus menerima penyiksaan di dunia
ini.
MAZHAB DAN FIRQAH DI DALAM AGAMA YAHUDI
Agama Yahudi sepertimana agama lain mempunyai pelbagai
fahaman dan mazhab, di mana setiap mazhab mendakwa bahawa mereka adalah yang
terbaik berbanding dengan yang lain.
Perkara utama yang menjadi perbezaan di antara
mazhab-mazhab tersebut ialah pengiktirafan mereka terhadap kitab Talmud dan
kepercayaan terhadap kebangkitan selepas kematian.
Di antara mazhab utama dalam agama Yahudi ialah :-
a. Farasiyun
(Rabbaniyun) d. Hadasiyun
b.
Soduqiyun
e. Samiriyun
c.
katabah
f. Qurraayun.
Golongan Farasiyun lahir selepas kejatuhan kerajaan Bani
Israel di Palestin yang disebabkan oleh serangan orang-orang Babylon, golongan
ini menyeru Bani Israel agar kembali berpegang kepada aqidah mereka yang asal
sebelum kejatuhan kerajaan mereka. Mereka berkeyakinan bahawa hanya dengan
kembali kepada ajaran yang sebenar sahaja yang mampu untuk mengembalikan
kegemilangan mereka.
Mereka beriman dengan hari akhirat dan kebangkitan
selepas kematian. Pada pandangan mereka balasan baik hanyalah terhadap
orang-orang yang soleh dan ia akan berlaku di atas muka bumi ini. Adapun
orang-orang yang jahat dan derhaka, mereka akan mati.
Mereka juga beriman bahawa di samping kitab Taurat,
terdapat sebuah kitab yang bernama Talmut yang mana ia juga adalah kitab suci.
Para pendita mereka yang bergelar Hakamah adalah maksum iaitu terpelihara dari
segala kesilapan dan kedosaan. Aqidah ini begitu menebal di dalam jiwa
orang-orang Yahudi sehinggakan jika seorang Hakamat berkata kepada seseorang
bahawa tangan kirinya adalah tangan kanannya, orang itu haruslah membenarkan
kata-kata Hakamat tersebut dari dirinya sendiri.
Sebenarnya golangan "Farasiun" adalah sebuah
gerakan politik yang berasaskan agama dan bertujuan untuk mengembalikan negara
Israel. Mereka kadang-kadang menggunakan keganasan dan kekerasan untuk mencapai
matlamat mereka. Cogankata yang mereka gunakan ialah "matlamat
menghalalkan cara".
Golongan "Assodiqiun" pula mengingkari balasan
dan hari kebangkitan. Mereka beriman bahawa balasan baik dan buruk hanyalah di
dunia ini sahaja.
Mereka tidak mengiktiraf akan kesucian kitab Talmut
kerana hanya kitab Taurat sahaja yang menjadi panduan hidup mereka. Golongan
ini terdiri daripada orang-orang bangsawan yang menghormati undang-undang
negara dan agama yang lain selagi tidak bercanggah dengan ajaran Taurat.
"Hasadiun" pula bererti mereka yang menjadikan
kezuhudan sebagai cara hidup mereka. Golongan ini lahir pada zaman pemerintahan
kerajaan Mokabi di sekitar tahun 173-175 sebelum masihi. Mereka amat berbeza
jika dibandingkan dengan golongan yang lain dari segi ibadah dan adat resam.
Orang-orang Hasadiun mengharamkan segala bentuk penyembelihan dan korban. Dari
segi syariat pula, mereka menolak fahaman pembezaan etnik di antara Yahudi dan
bukan Yahudi. Mereka menyeru kepada kaum Yahudi agar hidup secara aman dan
damai bersama kaum yang lain. Mereka mengharamkan perniagaan dan penipuan serta
mengajak kepada kehidupan yang zuhud dan menjauhkan diri dari perempuan.
Ini berbeza dengan ajaran yang dibawa oleh agama Yahudi yang mana perkahwinan
merupakan kewajipan agama.
Golongan "Qurraun" merupakan pengikut kepada
Anan bin Daud iaitu salah seorang dari ulamak di kalangan orang Yahudi yang
hidup di Baghdad pada zaman pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur. Mereka hanya
mengiktiraf kitab Taurat sebagai kitab suci dan menggunakan ijtihad dalam
meletakkan beberapa perundangan dalam agama Yahudi.
Golongan "Katabah" pada asalnya merupakan
penyalin atau tukang tulis kitab suci kepada sesiapa yang menghendakinya.
PENYELEWENGAN TAURAT DAN PENDIRIAN ISLAM TERHADAPNYA
Di dalam beberapa ayat Al-Quran ada menyatakan bahawa
Allah SWT telah menurunkan beberapa buah kitab kepada para nabinya. Di antara
kitab-kitab tersebut ialah Taurat, Injil, Zabur, Suhuf Ibrahim dan Musa.
Apabila kita perhatikan kepada ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan mengenai
kitab-kitab tersebut, ia boleh disimpulkan kepada dua bahagian yang utama:-
i. Sebahagian dari kitab-kitab tersebut masih kekal
dengan keaslianya sebagaimana ia diturunkan.
ii.Sebahagian yang lain pula telah diubah dan sebahagian yang lain
pula telah hilang atau disembunyikan.
Dalam perbicaraan ini kita akan menjadikan Al-Quran
sebagai pengukur kepada kebenaran, keaslian dan kesohehan isi kitab-kitab
tersebut.Firman Allah (Telah kami turunkan kepada mu wahai Muhammad Al-Quran
dengan kebenaran yang akan membenarkan dengan apa yang terdapat di tangan kamu
dari kitab-kitab yang terdahulu) Al-Maidah : 48.
Contoh yang pertama adalah sama seperti yang disebut di
dalam Safar pembentukan alam iaitu mengenai tempoh penciptaan langit dan bumi
selama 6 hari. Begitu juga umur Nabi Nuh a.s iaitu selama 950 tahun.
Contoh yang kedua pula sama seperti yang terdapat di
dalam Safar pembentukan alam yang menceritakan bahawa Allah telah beristirehat
dari kepenatan mencipta langit dan bumi pada hari yang ketujuh iaitu hari
sabtu. Mengikut sejarah, kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa yang
mana ia diletakkan di dalam sebuah peti telah hilang dari tangan orang-orang
Yahudi beberapa kurun. Apabila peti tersebut telah dapat diambil kembali oleh
Thalut dari tangan orang-orang Kan'an kemudian dibuka, didapati beberapa helai
tulisan sahaja yang mengandungi 10 wasiat. Ini bertepatan seperti yang
ditegaskan di dalam Al-Quran (Dan ia adalah saki-baki dari apa yang telah
ditinggalkan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun.)
Kesimpulan dari beberapa dalil dan pengakuan yang dibuat
oleh para sarjana bahawa kitab Taurat telah diubah, disembunyikan dan kadang-kadang
sengaja dilupakan kandungannya yang asal. Secara keseluruhannya, kitab Taurat
bukan lagi sebuah kitab yang asli seperti yang telah diturunkan kepada Nabi
musa.
Pendirian Islam terhadap apa yang terdapat di dalam kitab
Taurat, secara kesimpulannya terbahagi kepada tiga jenis:-
i. Menepati dengan apa yang terdapat di
dalam Al-Quran dan Sunnah.
Perkara seperti ini diterima kerana ia bertepatan dengan Al- Quran dan
Hadis.
ii. Ia bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam Al- Quran dan
As-Sunnah. Sudah semestinya ia ditolak dan wajib bagi kita untuk
mendustakannya.
iii. Ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah tetapi
tidak bercanggah dengan kedua-duanya. Contohnya seperti nama orang
atau tempat.
Perkara seperti ini kita tidak boleh menolak dan
membenarkannya. Ia hanya sekadar penghuraian bukannya suatu hujah bagi kita.
Ini berpandukan kepada sebuah hadis yang telah dikeluarkan oleh Bukhari di
dalam kitab At-Tauhid yang berbunyi: " Jangan kamu membenarkan apa-apa
yang diriwayatkan oleh ahli kitab dan jangan pula kamu mendustakannya tetapi
berkatalah kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami".
PENUTUP
Disepanjang perbincangan kita terhadap agama Yahudi
dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa kitab Taurat walaupun ianya telah
diubah dan diselewengkan namun ia mampu membentuk bangsa Yahudi daripada sebuah
bangsa yang lemah dan hina menjadi bangsa yang paling berkuasa. Rahsia kejayaan
bangsa Yahudi perlulah dijadikan satu pengiktibaran kembali syariat yang
ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w..
AHMAD FAISAL ABDUL HAMID
Kaherah, Mesir
RUJUKAN:
1.Al-Qur'anul Karim dan terjemahannya.
2. Kitab perjanjian lama.
3. Yahudi.Profesor Ahmad Shalabi.
4. Pengantar pengajian agama.Doktor Safwat Hamid.
5. Kajian mengenai kitab Taurat.Doktor Aminah Mohd. Nasir.
Friday, September 7, 2012
Agama Yahudi (Bahagian 2)
BANI ISRAEL DI MESIR
Pada kurun ke-17 sebelum masehi Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama Haxsos sepanjang tempoh 2098-1857 sebelum masehi. Di sepanjang tempoh pemerintahan Haxsos bangsa Yahudi telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu Nabi Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Haxsos pada ketika itu dengan penuh penghormatan.
Bani Israel bersama dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang telah mendiami satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian Timur Mesir. Di sepanjang tempoh mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi menguntungjkan seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan berniaga.
Di sepanjang pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat pelbagai keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini berterusan sehinggalah panglima yang bernama Ahmash berasal dari keluarga ke-18 kerajaan Mesir berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir.
Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya.maka Bani Israel tidak lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos. Orang-orang Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh :-
- Keistimewaan yang mereka kecapi di zaman Haxsos telah menimbulkan rasa dengki dan cemburu dihati orang-orang Mesir.
- Selepas kekalahan Haxsos, mereka terpaksa bekerja keras seperti rakyat jelata Mesir lain dan tidak mendapat apa yang mereka perolehi semasa zaman Haxsos.
- Sikap mereka yang suka mengasingkan diri dari masyarakat Mesir telah menimbulkan rasa curiga di kalangan pemerintah. Ini menyebabkan mereka bangkit memberontak dan menimbulkan kacau-bilau terhadap kerajaan Mesir.
Orang-orang Mesir merasakan sikap masyarakat Yahudi yang suka mengasingkan diri dan pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut dimana pada ketika itu Mesir diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II. Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.
BANI ISRAEL KELUAR DARI MESIR
Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun maka Nabi Musa a.s meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai keluarnya Nabi Musa dan kaumnya dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan bahawa Firaun mempersetujui akan permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan bahawa Firaun memaksa Musa dan kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba.
Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran Teluk Suez mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah lalu berlaku satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi lautan tersebut dengan selamat dan di waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati di telan laut.
Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai, maka bermulalah kehidupan baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari kehidupan yang lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana di sekeliling mereka dipenuhi oleh batu batan yang panas dan terdedah kepada bahang kepanasan matahari, lebih-lebih lagi sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut .
Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir .
Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 30 hari. Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s .
Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu dan membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. Dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka.
Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.`
Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah , mulalah Bani Israil meragui akan kenabian dan agama yang olehnya . salah seorang daripada pemimpin yang bernama Samiri telah menghimpun emas, perak, dan barang perhiasan daripada bani Israil dan membentuk seekor anak lembu lantas membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s lalu dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka .
Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat dengan membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil, ia dapati kaumnya telah menyekutukan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri, maka dia merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka.
Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanya dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat .
Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.
Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.
Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh selama 40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s.
Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestin.
BANI ISRAEL DI BUMI PALESTIN
Bani Israel telah mendirikan kerajaan mereka di
bumi Palestin selama 500 tahun. Di sepanjang pemerintahan Bani Israel, mereka
tidak pernah merasa aman dan damai melainkan di zaman pemerintahan Nabi Daud
a.s dan awal pemerintahan Nabi Sulaiman a.s selama 50 tahun.
Sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Palestin telah
dibahagikan kepada 3 zaman iaitu : -
- Zaman pemerintahan Qadi (hakim)
- Zaman pemerintahan beraja
- Zaman perpecahan dan kehancuran
ZAMAN PEMERINTAHAN QADI (HAKIM)
Seperti yang telah disebut di dalam "Safar
Al-Qudah" bahawa Zaman Pemerintahan Hakim selama 4 kurun namun mengikut
fakta sejarah ianya hanya 1 kurun sahaja . Dinamakan Zaman Pemerintahan Hakim
kerana yang dipilih di kalangan dua belas puak Bani Israel mempunyai kuasa
tertinggi namun setiap puak mempunyai kebebasan dan undang-undang tersendiri
yang dipimpin oleh ketua mereka yang tertua. Peranan Hakim hanyalah sekadar
menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara puak-puak yang bertelagah
akan tetapi keputusannya tidaklah wajib dipatuhi oleh mereka. Terpulanglah
kepada kepimpinan puak tersebut untuk menerima atau menolak keputusan yang
dibuat.
Hakim dipilih di kalangan pendita-pendita mereka dan
tidak disyaratkan ianya seorang lelaki malah terdapat juga di kalangan Hakim
yang memerintah beberapa orang perempuan.
ZAMAN PEMERINTAHAN BERAJA
Pada akhir zaman pemerintahan Hakim, Bani Israel bangkit
memberontak di atas kezaliman yang dilakukan oleh hakim-hakim yang banyak
menerima rasuah. Bani Israel telah pergi berjumpa dengan seorang Nabi di
kalangan mereka yang bernama Syamwildan meminta daripadanya supaya melantik
seorang raja bagi menyatukan puak-puak Bani Israel yang berpecah belah agar
dapat mereka berperang di bawah kepimpinannya di bawah musuh-musuh mereka.
Maka Syamwil denagn petunjuk Allah telah melantik Thalut
sebagai raja dan panglima mereka untuk memerangi orang-orang Kan'an.
Di dalam satu peperangan yang diketuai oleh Thalut di
mana Nabi Daud a.s adalah salah seorang daripada tentera telah dapat membunuh
panglima tentera Kan'an yang bernama Jalut. Semenjak dari itulah nama Nabi Daud
a.s disanjung oleh Bani Israel. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan dendam
dan dengki yang membara di dalam hati Thalut menyebabkan dia bertindak
memerangi dan menghalau Nabi Daud a.s.
Nabi Daud telah lari menyelamatkan dirinya lalu bergabung
dengan orang-orang Kan'an serta mengambil peluang di atas kelemahan Bani Israel
dengan menyerang mereka. Akhirnya Nabi Daud a.s berjaya menjadi raja yang ke-2
bagi Bani Israel sepertimana yang disebut di dalam "Safar Syamwil Yang
Ke-2".
Nabi Daud a.s telah memerintah selama 40 tahun. Pada 7
tahun yang pertama dia menjadikan Habron sebagai pusat pemerintahan. Selepas
daripada itu, dia memilih Aour Shyalim sebagai ibu negara kepada kerajaannya
.
Zaman pemerintahan Nabi Daud a.s. adalah zaman yang
terbaik di zaman kewujudan Bani Israel di bumi Palestin. Ini disebabkan oleh 2
unsur utama : -
- Kelemahan Maharaja Mesir dan Babylon
- Nabi Daud a.s telah telah mengadakan perjanjian damai dengan Raja Finique yang bernama Hairon
Nabi Sulaiman telah mengambil alih tampuk pemerintahan
selepas kewafatan ayahandanya. Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman, kerajaan Bani
Israel berada di kemuncak kegemilangannya. Ini disebabkan oleh Nabi Sulaiman
telah mengadakan ikatan kekeluargaan di antaranya dengan Shisyak iaitu raja
Mesir.
Selepas daripada itu kerajaan Bani Israel menjadi lemah
disebabkan oleh : -
- Hidup dalam kemewahan serta suka berfoya-foya
- Kezaliman dan kekerasan daripada kerajaan Nabi Sulaiman a.s
- Terlalu ramai bilangan isteri dan perempuan simpanan
- Terdapat beberapa pemberontakan yang dipimpin oleh Yarba'am
ZAMAN PERPECAHAN DAN KEHANCURAN
Rahbaam putera Nabi Sulaiman telah mengambil tampuk
pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya dan dia mendapat sokongan dari dua
puak iaitu Yahouza dan Bunyamin. Adapun sepuluh puak lagi enggan memberi
sokongan kepada Rahbaam dan melantik Yarba'am yang pernah mengetuai pemberontakan
di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s sebagai raja mereka. Pada ketika itulah
kerajaan Bani Israel telah berpecah dua kerajaan : -
- Kerajaan Selatan, ibu negaranya Aour Syalim yang dipimpin oleh Rahba'am. Negara yang bernama Kerajaan Yahouza
- Kerajaan Utara, ibu negaranya Nablus, pengasas dan rajanya yang pertama ialah Yarba'am. Negara mereka dinamakan Kerajaan Israel
KEHANCURAN KERAJAAN YAHOUZA DAN ISRAEL
Pada tahun 721 sebelum masehi, raja-raja orang-orang Ashur yang bernama Shalman Ashar telah menyerang kerajaan Israel dan berjaya menawan rajanya Husya' Bin Ilah. Kerajaan Israel merupakan sebahagian dari tanah kerajaan Ashur.
Pada tahun 721 sebelum masehi, raja-raja orang-orang Ashur yang bernama Shalman Ashar telah menyerang kerajaan Israel dan berjaya menawan rajanya Husya' Bin Ilah. Kerajaan Israel merupakan sebahagian dari tanah kerajaan Ashur.
Pada tahun 608 sebelum masehi, kerajaan Mesir bersama
bala tentera yang besar telah menyerang Palestin dan menawan kerajaan Yahouza.
Dalam peperangan tersebut mereka mendapat kemenangan dan mereka meneruskan
serangan ke utara sehinggalah kerajaan Israel yang berada di bawah taklukan
kerajaan Ashur jatuh ke tangan mereka.
Kejatuhan kerajaan Israel ke tangan orang-orang Mesir
telah menimbulkan kemarahan Maharaja Bakhtanshar lalu berlakulah satu
pertempuran yang hebat di antara dua maharaja Mesir dan Babylon. Akhirnya
Maharaja Bakhtanshar dapat menawan kembali kerajaan Israel sekaligus dapat
merebut takhta kerajaan Yahouza dari tangan Maharaja Mesir. Maharaja
Bakhtanshar telah membunuh raja kerajaan Yahouza yang terakhir bernama Sidqia
dan menghancurkan bandar Aour Shyalim serta menghalau semua Bani Israel keluar
dari negara mereka. Ini berlaku pada tahun 586 sebelum masehi dan mereka dikenali
sebagai tawanan Babylon.
BANI ISRAEL SELEPAS KEHANCURAN NEGARA MEREKA
BANI ISRAEL SELEPAS KEHANCURAN NEGARA MEREKA
Selepas kehancuran kerajaan Israel dan Yahouza, tiada lagi mereka yang berketurunan Bani Israel di bumi Palestin. Pada tahun 538 sebelum masehi Kerajaan Babylon telah jatuh ke tangan orang-orang Parsi. Ketika itu Raja Parsi telah membenarkan orang-orang Yahudi yang hidup di pelusuk negara Babylon pulang ke tanahair mereka.
Kepulangan orang-orang Yahudi ke negara mereka di zaman
pemerintahan Parsi tidak ubah seperti daripada kepulangan beberapa keluarga
untuk menziarahi sanak saudara. Mereka lebih suka hidup di dalam buangan
daripada kembali ke Palestin.
Mereka yang pulang dan menetap di Palestin telah
bekerjasama dengan panglima Iskandar Al-Makdoni untuk menyerang Palestin dan
menentang kerajaan Parsi. Selepas kewafatan Iskandar, Palestin diperintah oleh
kerajaan Rom. Di sepanjang pemerintahan tersebut, Bani Israel bangkit
memberontak pemerintah mereka sehinggalah pada tahun 70 masehi kerajaan Rom
telah menghukum mereka dengan memusnahkan kediaman mereka dan menghalau mereka
keluar dari Palestin.
Pada zaman pemerintahan kerajaan Rom ke atas Palestin,
lahirlah seruan yang dibawa oleh Nabi Isa a.s untuk mengajak Bani Israel ke
jalan yang benar akan tetapi seruan tersebut ditolak oleh mereka.
Pada tahun 135 masehi sekali lagi Bani Israel bangkit
memberontak menentang kerajaan Rom. Di dalam pemberontakan tersebut, kerajaan
Rom telah membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui dari kalangan Bani Israel.
Mereka yang terselamat dari penghapusan etnik kerajaan Rom telah lari ke serata
dunia dan bumi Palestin telah sunyi daripada Bani Israel.
Ketika Saidina Umar r.a. membuka Baitul Maqdis pada tahun
636 m, tidak seorang pun yang berketurunan Yahudi berada di kota suci itu. Di
antara syarat penyerahan kota suci ke tangan orang islam ialah tidak dibenarkan
seorang pun orang Yahudi mendiami kota suci ini.
Tamat bahagian 2
Agama Yahudi (Bahagian 1)
MUQADDIMAH
Firman Allah Taala yang bermaksud; "Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari Bani Israil dan telah kami utus kepada mereka para Rasul. Tetapi setiap datang para Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka (maka) sebahagian dari para Rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh." (surah Al-Maidah:70)
Firman Allah Taala yang bermaksud; "Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan." (surah Al-Baqarah:79)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Berbicaralah mengenai Bani Israil seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atasku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat tinggal di dalam neraka."
Bagi mereka yang ingin mengkaji Agama Yahudi,
masyarakatnya dan yang berkaitan dengan permasalahan keagamaan Yahudi, mereka
tidak akan temui jawapan yang sempurna dan terperinci melainkan dengan melalui
penghayatan terhadap kitab perjanjian lama. Di dalam kitab tersebut mengandungi
lembaran-lembaran sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil. Maka dengan
ini si pengkaji dapat memahami keperibadian seseorang yang beragama Yahudi
dalam semua aspek kehidupan keagamaan dan politik.
Golongan sarjana pengajian perbandingan agama yang
terdiri dari orang-orang Yahudi dan selainnya telah bersepakat bahawa kitab
perjanjian lama yang berada di tangan kita sekarang bukannya sebuah kitab yang
asal dan tulen seperti yang pernah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s.
Sepanjang perjalanan sirah Orang-orang Yahudi , mereka begitu berpegang dengan
Taurat dan ajarannya walaupun golongan sarjana Yahudi telah mengiktiraf
kepalsuan kitab Taurat mereka. Inilah yang menjadi kehairanan kepada diri saya
sehingga memaksa saya mengajak para pembaca berfikir sejenak untuk mencari
jawapan di sebalik permasalahan ini.
Saya berpendapat bahawa ia tersirat di
sebalik kebanggaan orang-orang Yahudi iaitu mereka adalah "Bangsa Allah
yang terpilih". Manakala bangsa yang lain hanya diciptakan untuk
berkhidmat kepada mereka. Justeru itu, tidaklah hairan jika kita dapati hidup
berasingan merupakan satu tradisi dan kebanggaan bagi mereka. (Sesungguhnya
kamu adalah bangsa yang suci bagi tuhan kamu dan kamu dipilih oleh tuhan untuk
menjadi ummat yang khusus di kalangan semua bangsa di muka bumi) Safar
pengulangan 7/16.
Jadi, dari sini dapatlah diketahui
rahsia yang menjadi pendorong kepada bangsa Yahudi agar berpegang teguh dengan
kitab Taurat atau dengan kata lain kitab Taurat berjaya menghimpun bangsa
Yahudi untuk menghayatinya dan menjadi satu bangsa yang mempunyai keperibadian
yang berbeza dari bangsa lain.
Kajian mengenai ilmu sejarah keagamaan
memberi kesan yang amat mendalam dalam membentuk sesebuah masyarakat. Ini
kerana ilmu tersebut merupakan kunci bagi kita memahami akan pegangan aqidah
yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.
Melalui kertas kerja yang ringkas dan tak
seberapa ini, saya akan cuba memperkatakan mengenai sejarah kelahiran dan
perkembangan Bani Israil, kitab-kitab suci seperti Taurat, beberapa
permasalahan perbandingan mazhab dan aliran yang menjadi anutan dalam agama
Yahudi dan penyelewengan serta pendirian Islam terhadap permasalahan ini. Saya
berharap dengan perbincangan ini dapatlah memberi sedikit gambaran agama Yahudi
dan penyelewengan serta tabiat semulajadi orang-orang Yahudi.
Buat akhirnya, saya memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan kertas kerja ini dan tidak lupa juga
kepada isteri saya yang banyak membantu saya.
Wassalam.
MAKNA KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAEL
YAHUDI
Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi
Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada
puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan
kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi
diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut
pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah
agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini
diambil dari kata-kata Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai
Tuhan". Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama
Taurat.
IBRAN
Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang
sampai nasabnya kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang
besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada
keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan'an, Kaldan, Ibrani dan
Masri.
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli
sejarah mengenai asal usul nama kabilah ini. Ada yang mengatakan ianya diambil
sempena dengan nama moyang Nabi Ibrahim iaitu Aabir. Pendapat kedua pula
mengatakan ianya adalah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana
dia adalah orang pertama menyeberangi Sungai Furat. Manakala pendapat yang
ketiga sepertimana yang disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani
yang diberikan kepada Nabi Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup
berpindah-randah dan sentiasa merentasi padang pasir dan gurun untuk mencari
rumput bagi ternakan laut.
ISRAEL
Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud
"kamu mengalahkan Tuhan". Ia adalah gelaran yang diberikan oleh
Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub
selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara
mereka berdua. Yahwu berkata : "selepas ini, jangan lagi kamu
dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu
bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku". Safar pembentukan
alam 32/28.
SEJARAH KELAHIRAN YAHUDI
Agama Yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama
langit namun ianya amat berbeza daripada dua saudaranya Nasrani dan Islam. Ini
dapat dilihat daripada hubungan di antara sejarah dan ajaran agama
Yahudi.
1. Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir
dibumi Palestin dan persekitarannya yang merangkumi Iraq, Mesir, Jordan, Syria
dan Lubnan. Kawasan ini juga dikenali dengan nama Antara dua Sungai, Furat dan
Dajlah. Kawasan ini berada di suatu kedudukan yang paling strategik di mana ia
menghubungkan antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.
2. Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada
beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung Arab dan pulau-pulau di
persisiran laut Mediterranian.
3. Pada tahun 3000 sebelum masehi, satu kabilah
yang bernama Finique telah berhijrah dari Semenanjung Arab menuju ke Utara
kawasan di antara dua sungai dan menetap di sana. Ia terkenal dengan nama
Lubnan. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah nelayan,
perniagaan melalui laut dan membina kota-kota besar.
4. Pada tahun 2500 sebelum masehi, sebuah
kabilah yang bernama Kan'an juga telah meningalkan Semenanjung Arab kerana
kemarau yang panjang dan menuju ke barat sungai Jordan serta menetap di
persisiran sungai tersebut. Kawasan yang didiami oleh orang-orang Kan'an
dikenali dengan nama Bumi Kan'an .
5. Sebuah kabilah yang datang daripada
kepulauan Creat di lautan Mediterranian yang bergelar Palestin telah berhijrah
ke bumi Kan'an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa dan Ghaza. Ini
berlaku pada tahun 1200 sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur
di antara kabilah Palestin dengan orang-orang Kan'an yang berketurunan Arab dan
akhirnya mereka dikenali dengan orang Palestin dan Tempat tinggal mereka
dikenali sebagai Tanah Palestin.
6. Adapun orang-orang Aram yang asalnya
menetap di bumi Iraq telah meninggalkan tanahair untuk mencari satu penempatan
baru. Akhirnya mereka telah menetap di tanah Syria dan menjadikan Damsyik
sebagai ibu negara mereka dan bekerja sebagai petani dan peniaga. Di dalam kitab
suci Yahudi, orang-orang Aram dikenali sebagai orang Syiria.
7. Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah
negara yang bernama Madyan. Ia adalah penghubung antara Mesir, bumi Kan'an dan
Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan adalah medan peperangan di antara
Mesir dan Babylon kerana ia merupakan gurun Sahra' yang menjadi pintu masuk
kepada tanah Palestin dan tanah sekitarnya.
8. Sebuah Kabilah yang bernama Haxsos
berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir disebabkan oleh kemarau yang
panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir pada ketika itu
disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka . Mereka telah memerintah
2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587. Di sepanjang pemerintahan mereka,
berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka
daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir
pemerintahan kerajaan Mesir yang berpusat di Luxor.
9. Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang
panglima yang bernama Ahmash telah berjaya menghalau orang-orang Haxsos
daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18 kembali memerintah
Mesir.
10. Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang
Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani Israel hidup dengan mendapat
keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah ditempatkan di suatu
tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir
memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan
yang pernah dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara
Mesir dengan diketuai oleh Nabi Musa a.s.
11. Di antara kabilah yang datang ke kawasan
ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani (kalimah Ibrani bermaksud Nabi
Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s dan keturunannya).
12. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq.
Bapanya bernama Azar bekerja sebagai pembuat patung dan menjual kepada
penyembah berhala. Melalui hidayat Allah SWT Nabi Ibrahim telah dipilih untuk
membawa risalah Tauhid kepada kaumnya. Malangnya risalah yang dibawa telah
mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim
dibakar hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah bersama isterinya
Sarah, dua anak saudaranya Luth dan beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan
negara Iraq.
13. Dalam perjalanan mencari tempat untuk
menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke bumi Syria kemudian meneruskan
perjalanan mereka ke bumi Kan'an dan selepas itu ke bumi Palestin. Di sepanjang
perjalanan mereka hanya menternak dan mengembala binatang.
14. Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s
bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah
pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir tertarik dengan
kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil,
maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim
lalu menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama
Hajar.
15. Sarah ialah seorang isteri yang mandul
maka dia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim supaya mengahwini Hajar. Setelah
beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan seorang putera
yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu
di hati Sarah lantas dia meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan
anaknya daripada mereka berdua.
16. Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya
yang pertama bersama isterinya Hajar menuju ke suatu tempat yang tidak
mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali sebagai
Baitullah.
17. Selepas 14 tahun kelahiran Ismail,
isteri Nabi Ibrahim yang pertama iaitu Sarah telah melahirkan seorang
putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang putera yang bernama Iesu
dan Yaacob.
18. Yaacob digelar sebagai Israel dan
mempunyai 12 orang anak. Daripada merekalah datangnya 12 keturunan Bani
Israel. Yaacob juga mempunyai empat orang isteri iaitu ;-
- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu Raubin, Syam'un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.
- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaacob). Mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.
- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.
- Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.
BAHASA IBRIAH
Sepertimana yang diketahui Nabi Ibrahim telah
meninggalkan Kota Babylon bersama dengan keluarga dan pengikutnya disekitar
tahun 1750 sebelum masehi. Bumi yang pertama dipijak oleh Ibrahim dan
pengikutnya ialah tanah Syria tempat tinggal orang-orang Aram. Kemudian mereka
berpindah lagi menuju ke Selatan sehingga mereka menetap di Kan'an. Di
sepanjang perjalanan tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya
bertemu dan bergaul dengan pelbagai kaum dan kabilah. Hasil daripada itu,
lahirlah di Kalgu Bani Israel suatu bahasa yang mirip kepada orang-orang Aram
yang menyerupai dengan bahasa Arab. Penggunaan bahasa ini kembali kepada tahun
1200 sebelum masehi kemudian ianya telah luput sebagai bahasa pertuturan dan
diganti oleh bahasa Aram pada tahun 200 sebelum masehi. Selepas daripada itu
bahasa Ibrani tidak lagi digunakan melainkan untuk tulisan dan upacara
keagamaan sahaja.
PENGASINGAN BANGSA YAHUDI
Jika diperhatikan pada orang-orang Ibrani (Bangsa Yahudi)
selepas penghijrahan mereka daripada tanah Iraq, didapati mereka ini mempunyai
satu ciri yang berbeza iaitu suka mengasingkan diri ke mana mereka pergi dan
menetap. Mereka tidak suka bergaul dengan kabilah lain malah mereka lebih suka
hidup sesama mereka di satu tempat yang berasingan di antara mereka dan kabilah
lain. Mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun samada di kalangan mereka
sendiri atau orang lain untuk menembusi benteng ini. Sebab-sebab pengasingan
ini terbahagi kepada dua perkara iaitu:-
- Perbezaan aqidah; orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Akan tetapi sesetengah kabilah dan kaum lain menyembah berhala.
- Perbezaan pemikiran; orang-orang Ibrani hidup berpindah-randah dan tidak bertamadun. Berbeza pula dengan kabilan lain yang hidup menetap, mempunyai pengetahuan dan keturunan.
Tabiat mengasingkan diri dari orang lain telah menjadi
satu kebanggaan kepada orang-orang Ibrani walaupun mereka mempunyai ilmu
pengentahuan dan meninggal cara hidup lama mereka namun tetap mengamalkan
tabiat mengasingkan diri dari masyarakat lain. Ini dapat dilihat di mana-mana
tempat yang mereka tinggal.
Sikap mengasingkan diri ini telah melahirkan natijah yang
negatif terhadap mereka dan bangsa lain. Setelah sekian lama sikap ini meresap
ke dalam darah daging orang-orang Yahudi maka timbullah perasaan tidak tenang
di dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain. Mereka sentiasa merasa bahawa bangsa
lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka. Lantaran itulah mereka
berterusan merancang dan melaksanakan rancangan jahat untuk menghapuskan
bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa mereka. Daripada
perancangan jahat mereka ialah ajaran Marxis, Darwin, Freemason dan
lain-lain.
Daripada sikap tersebut juga lahir dalam setiap jiwa
orang-orang Yahudi, mereka tidak akan memberi ketaatan kepada mana-mana
pemerintahan melainkan pemerintahan Yahudi sahaja. Mereka sanggup melakukan apa
yang tidak terfikir di akal kita demi ketaatannya kepada bangsa Yahudi.
Tamat Bahagian 1
Subscribe to:
Posts (Atom)
Categories
- Agama (3)
- Al-Hin (1)
- Apple (1)
- aqidah (1)
- Aryan (1)
- bani israel (1)
- Baseball (1)
- Batman (1)
- bongkok (1)
- bunuh diri (1)
- Burger (1)
- cave (1)
- Cello (1)
- cimpanzi (1)
- Ciuman (1)
- Cobain (1)
- dark knight (1)
- deadly (1)
- dinosaurs (2)
- facts (1)
- Frances (1)
- Hitler (1)
- Ibrani (3)
- IFC (1)
- iPad (1)
- Islam (2)
- Israel (3)
- Japan (1)
- Jepun (1)
- Jin (1)
- kereta (1)
- lamborghini (1)
- Lithuania (1)
- lost tribe (1)
- Malaikat (1)
- Matrix (1)
- melayu (5)
- Nirvana (1)
- Orang Utan (1)
- penalti (1)
- sengal (1)
- tanjung puteri (1)
- tupai (1)
- yahudi (5)
revealpics.blogspot. Powered by Blogger.